Resepi dari kakak ipar yang pernah duduk US..sedap di makan dengan chicken chop, kentang goreng, nugget, bebola.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sos Lada Hitam (Black Pepper Sauce)
Resepi dari kakak ipar yang pernah duduk US..sedap di makan dengan chicken chop, kentang goreng, nugget, bebola.
BAHAN-BAHAN
- 2 sudu mentega
- 1 1/2 sudu tepung gandum
- Sebiji bawang besar (potong dadu)
- Sebiji tomato (potong dadu)
- Seketul kiub ayam Knors
- 2 cawan air
- Sedikit kicap pekat
- Sedikit sos cili/sos tomato
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu lada hitam (tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
- Tepung jagung (jika perlu)
CARA PENYEDIAAN
- Cairkan mentega dengan api kecil.
- Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.
- Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
- Masukkan kiub ayam dan kacau.
- Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili (amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
- Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN, jangan sampai hitam sangat, agak-agak kecoklatan dah cukup. Nanti tak cantik bila dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
- Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau.
- Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
- Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
- Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat. Apabila sejuk sos akan lebih likat.
- Boleh dihidangkan semasa panas. Ermmm sedap..
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.