Resepi asal guna betik dan mempelam. Tapi kat sini susah nak cari semua tu.. So saya gunakan kulit tembikai.. bila makan rasanya lebih kurang rasa betik la..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Somtam

Resepi asal guna betik dan mempelam. Tapi kat sini susah nak cari semua tu.. So saya gunakan kulit tembikai.. bila makan rasanya lebih kurang rasa betik la..

BAHAN-BAHAN

  • 150g kulit tembikai
  • 1/3 batang lobak merah
  • 2-3 batang kacang panjang
  • 3 sudu besar udang kering
  • [Bahan untuk bumbu]
  • 2 ulas bawang putih
  • 10-15 biji kacang tanah
  • 2-3 sudu besar nam pla (sos ikan)
  • 1 biji lemon – ambil jusnya
  • 1-2 batang cili padi
  • 1 sudu besar gula
  • Tomato ceri
CARA PENYEDIAAN
  • Buang kulit hijau tembikai. Potong halus memanjang atau sagat memanjang. Sama juga dengan lobak merah.
  • Potong kacang panjang lebih kurang 3-4cm. Rebus sekejap.
  • Sediakan bumbu. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung. Tak payah tumbuk.. biar pecah2 sedikit saja. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
  • Pastu gaullah dengan kulit tembikai, kacang panjang dan lobak merah yang dipotong tadi. Masukkan juga tomato ceri.
  • Siap untuk dimakan. Lagi sedap jika disimpan dalam peti ais selama setengah hari sebelum dimakan.
  • ****Resepi ni sesuai juga utk gantikan kulit tembikai dengan mempelam atau betik.***

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN