Resepi daripada bonda tersayang….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

SOLOK PETOLA

Resepi daripada bonda tersayang….

BAHAN-BAHAN

  • 1 batang petola sederhana besar
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan santan-lebih pun boleh
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bahan-bahan tumbuk :
  • 2 ekor ikan – diambil isinya (saya guna ikan selayang/sardin)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • Segenggam kelapa parut (kalau suka boleh letak lebih)
CARA PENYEDIAAN
  • Petola dibelah tengah dan buang bijinya. Kedua-dua hujung petola dibuang juga. Kemudian potong kepada 5 keratan (bergantung kepada saiz)
  • Tumbuk semua (bahan-bahan tumbuk) hingga halus/lumat
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam mangkuk,masukkan garam dan gula,gaul sebati.
  • Akhir sekali masukkan telur dan gaul sebati
  • Ambil sedikit adunan dan sumbatkan ke dalam petola,ulangi hingga habis
  • Susun solok yang dah siap disumbat ke dalam loyang,siramkan santan ke atas solok tadi dan masak di atas dapur dengan api yang perlahan
  • Loyang hendaklah ditutup supaya wap tak keluar dan bahagian atas solok akan masak
  • Bila santan dah kering (jangan sampai hangus) bolehlah ditutup api.

    Sedia untuk dihidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN