Snowy Cupcakes

Keknya begitu lembut. Kalau tak mahu manis boleh kurangkan gulanya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Snowy Cupcakes

Keknya begitu lembut. Kalau tak mahu manis boleh kurangkan gulanya.

BAHAN-BAHAN

  • (A) 125 gm mentega tanpa garam, lembutkan
  • 125 gm (1/2 cawan) + 1 sudu besar gula
  • 125 gm tepung gandum, diayak
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh esen vanila
  • (B) 2 sudu besar susu
  • Untuk Hiasan:
  • (Y) 175 gm gula aising, diayak
  • 1 biji putih telur
  • (Z) 1/2 sudu besar perahan jus lemon
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 200C.
  • Campur semua bahan (A) dalam mesin & kacau hingga sebati.
  • Masukkan bahan (B) & kacau lagi.
  • Susun cawan muffin di atas loyang pembakar & isikan adunan tadi pada 1/2 penuh daripada cawan muffin tersebut.
  • Bakar selama 15-20 minit atau cucuk pada lidi panjang hingga adunan tidak melekat pada lidi tersebut. Keluarkan dari oven dan tunggu hingga sejuk.
  • Cara hiasannya: Pukul (‘whisking method’) Y dalam mangkuk selama 5 minit atau hingga putih gebu.
  • Masukkan Z dan kembali pukul lagi hingga 3 minit.
  • Colekkan pada kek cawan yang telah sejuk tadi di atasnya dengan spatula. Hiaskan aising tadi dengan apa-apa bentuk gula sebagai hiasan.
  • Teneeetttt…kan dah jadi, sekali ketik – sepuluh yang datang tau.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago