Senang dan sedap. Confirm jadi…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Snow Cheese Cake
Senang dan sedap. Confirm jadi…
BAHAN-BAHAN
- 100 gram gula halus
- 2 sudu makan ovelet
- 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
- 100 gram tepung hong kong
- 60 gram tepung jagung
- 50 gram air sejuk (dr peti ais)
- 1 sudu teh baking powder
- 75 gram mentega (dicairkan)
- 1 sdt esen vanilla
- UNTUK CREAM
- 1 kotak cream cheese philadelphia
- 1/2 tin susu pekat manis
- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul)
- UNTUK TOPPING
- 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
CARA PENYEDIAAN
- 1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
- 2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
- 3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
- 4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
- 5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
- 6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
- 7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
- 8. Akhir sekali taburkan chedar cheese yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
- 9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.