Sky Cream Mushroom Soup

Sedap di hidang bersama french bread ( roti perancis ) semasa breakfast

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sky Cream Mushroom Soup

Sedap di hidang bersama french bread ( roti perancis ) semasa breakfast

BAHAN-BAHAN

  • 180 gm cendawan butang ( di cincang )
  • 95 gm Bawang Besar di cincang dadu ( 1 labu besar )
  • 90 gm butter
  • 1 liter sos bechamel
  • 370 ml susu segar
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada putih ( white paper )
  • 20 ml whip cream
  • sedikit chicken stock
CARA PENYEDIAAN
  • panaskan periuk dan masakkan whip cream di atas api yang sederhana..
  • kemudian masukkan cendawan dan bawang besar.. kacau perlahan
  • masukkan sos bechamel dan kacau sehingga pekat ( jangan terlalu pekat dan terlalu cair )
  • masukkan susu segar dan kacau lagi.. masukkan garam dan serbuk lada putih secukup rasa dan juga chicken stock,
  • setelah masak hidangkan sup ketika masih panas bersama roti perancis (french bread )
  • ————————————————————–
  • UNTUK BECHAMEL SOS
  • tepung gandum (2 sudu besar)
    …(2)- Marjerin (1 sudu besar)
    …(3)- Susu (1 cawan)
    …(4)- Bawang besar (1/4)
    …(5)- Bay leaf (1 helai)
    …(6)- Bunga cengkih (2 batang)
    7) Garam
    8) Serbuk lada putih
  • Mula-mula cairkan marjerin, kemudian masukkan tepung. Adunan ini dikenali sebagai white roux. Masak white roux sehingga sebati dan ketepikan.

    Kemudian, suamkan susu dengan menggunakan api yang sederhana dan masukkan bawang. bay leave, bunga cengkih tadi.

  • Setelah beberapa minit, keluarkan keluarkan bawang, bunga cengkih dan bay leave tersebut dan masukkan adunan white roux. Tambahkan garam dan serbuk lada putih.

    Kacau adunan susu tersebut sehingga pekat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago