Makanan laut…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Siput Kepah goreng pedas
Makanan laut…
BAHAN-BAHAN
- 1 1/2 kilo siput kepah.
- *3 biji bawang kecil.
*3 biji bawang putih.
*7 biji cili padi.
*1 biji cabai hidup.
*1 inci halia .
Bahan ni semua dicincang halus. - 3 batang serai ( di ketuk ).
- 2 camca besar serbuk cili.
- 1 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar.
- 1 sudu kecil jintan manis.
- 1 sudu kecil kecil serbuk kunyit.
- 1 camca sos tiram.
- 1 sudu kecil kicap cair
- Sos ikan atau garam secukup rasa. (saya guna sos ikan).
- 2 keping asam keping. (saiz kecil)
- Sedikit pati ayam.
- Sedikit minyak untuk menumis.
- Sedikit air.
CARA PENYEDIAAN
- Tumiskan bahan yang telah di cincang halus bersama serai dalam minyak
- Setelah naik bau masukkan serbuk cili, ketumbar,jintan manis dan serbuk kunyit bersama sedikit air.
- Kacau sebentar, kemudian masukkan asam keping, sos tiram dan kicap cair dan kacau lagi.
- Masukkan siput kepah, gaul lagi , selepas itu masukkan sos ikan dan tutup kuali tu sebentar
- Selepas 2 ke 3 minit, buka penutup kuali dan kacau lagi. Boleh tutup api
- Di hidangkan bersama nasi panas. ;)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.