Bagaimana cara nak masak Singgang Pedas Ikan Daun Kunyit?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Singgang Pedas Ikan Daun Kunyit

Bagaimana cara nak masak Singgang Pedas Ikan Daun Kunyit?

BAHAN-BAHAN

  • 3 ekor ikan kembung (saiz besar) 
  • 1 helai daun kunyit (dihiris kasar) 
  • 3 cawan air 
  • 4 biji bawang merah 
  • 3 biji cili api                   
  • 2 biji cili merah             
  • ½ inci kunyit hidup     
  • 1 sudu teh belacan   
  • ( Bawang merah, cili api, cili merah, kunyit hidup dan belacan dikisar bersama)
  • 3 keping asam gelugur 
  • Garam secukup rasa 
  • ½ sudu teh gula 
  • 8 biji bendi (saiz kecil) 
CARA PENYEDIAAN
    1. Bersihkan ikan. Kelar dan tuskan. 
    2. Masukkan daun kunyit, air, bahan yang dikisar, asam gelugur, dan garam ke dalam periuk. 
    3. Masakkan sehingga mendidih. 
    4. Masukkan ikan dan gula. Masak sehingga mendidih lagi. 
    5. Masukkan bendi dan padamkan api. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN