Bagaimana cara nak masak Singgang Kambing?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Singgang Kambing

Bagaimana cara nak masak Singgang Kambing?

BAHAN-BAHAN

  • ½ kg daging kambing 
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 2 inci lengkuas      
  • 2 inci halia          
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 batang lobak merah 
  • 3 biji cili merah 
  • 8 biji cili api
  • (Halia, bawang merah, bawang putih, lobak merah, cili merah dan cili api dihiris)
  • 4 keping asam gelugur 
  • 1 liter air 
  • Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan. 
    2. Masukkan semua bahan kecuali lobak merah, cili merah, cili api, dan asam gelugur ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih dan daging lembut. 
    3. Apabila daging lembut, masukkan lobak merah, cili merah, cili api, dan asam gelugur. Masakkan sehingga lobak lembut. 
    4. Rasakan garam dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN