Masakan tradisional masyarakat Kelantan. Menu sihat dan senang dimasak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Singgang Ikan Kembung

Masakan tradisional masyarakat Kelantan. Menu sihat dan senang dimasak.

BAHAN-BAHAN

  • 1kg – ikan kembung ( lebih kurang 6-7 ekor)
  • 4 ulas – bawang putih (dihiris / diketuk)
  • 2 inci – lengkuas (dihiris)
  • 2-3 keping – asam keping
  • garam dan gula sesedap rasa
  • cili padi jika mahu pedas
  • air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan kembung dibersihkan. Kalau mahu jimat potong dua pun boleh.
  • Masukkan ke dalam periuk ikan, bawang putih, lengkuas, dan asam keping serta air agak-agak tenggelam ikan. Air jangan banyak sangat.
  • Agak-agak mendidih, perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa. Ketuk cili padi dan masukkan ke dalam masakan.
  • Sudah sedia untuk dihidangkan. Boleh masukkan bendi untuk menceriakan hidangan.
  • Makanlah dengan nasi panas. Kalau ada budu dengan limau serta lada pun bagus. Tambah lagi dengan ikan masin goreng serta masak lemak pucuk labu. Tunggu…

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN