Resepi brownies yang mudah.. :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Simple Gooey Chocolate Brownies™

Resepi brownies yang mudah.. :)

BAHAN-BAHAN

  • 200 g coklat masakan – cincang kasar
  • 200 g mentega
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sk esen vanila
  • 3 biji telur – kocok
  • 3/4 cawan tepung gandum*
  • 2 sb serbuk koko* – (ayak * bersama)
  • 50g choc. chip/choc. chunk – lebihkan jika suka
  • secukup Oreo – dipatah 4 atau marshmellow kecil2 – (opt.)
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan coklat masakan bersama mentega dan gula perang hingga cair cara double boil.Kacau rata dan biar suam. Masukkan telur dan esen vanila. Akhir sekali masukkan campuran tepung dan koko dan kacau hingga sebati.
  • Tuang 1/2 bahagian adunan ke dalam loyang yang dialas dan digris, ratakan dan tabur choc. chip/choc. chunk dan oreo/marshmellow dan tutup dengan lebihan adunan brownies.Bakar dengan 160C selama 30 min atau hingga permukaan brownies kelihatan kering tapi masih lembab di dalam.
  • Biar brownies suam seketika dan potong sesuai selera supaya mudah di keluarkan setelah sejuk. Enak dimakan bersama aiskrim vanila,
  • Brownies ini tetap enak tanpa isian Oreo dan marshmellow.
  • Brownies yang sama dengan topping cream cheese yang dilorekkan dahulu sebelum dibakar. Adunan topping cream cheese akak guna yang ini..http://www.myresipi.com/top/detail/15281…untuk 2 adunan brownies…:)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN