Resepi ciptaan sendiri….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Simple Baked Macaroni

Resepi ciptaan sendiri….

BAHAN-BAHAN

  • 2 mangkuk kecil macaroni
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 3 biji telur
  • 1 keping isi ayam bahagian dada (dipotong kecil-kecil)
  • 2 keping sosej (dipotong nipis-nipis)
  • 1/2 mangkuk mix vegetables
  • 5 sudu besar Prego Italian Sauce (Classic)
  • Mozarella Cheese (Ikut citarasa masing-masing)
  • Cream Cheese (Ikut citarasa masing-masing)
  • 1 labu bawang besar dan 1 ulas bawang putih dicincang (untuk menumis)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Untuk menutup bahagian atas:-
    50 g butter,
    1 cawan tepung,
    1 gelas susu segar &
    Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus macaroni sehingga lembut (masukkan sedikit minyak n garam ke dalam air rebusan). Setelah lembut, toskan.
  • Tumis bawang n masukkan Prego Italian Sauce.
  • Masukkan garam n gula, renehkan sebentar.
  • Masukkan isi ayam n mix vegetables. Gorengkan sehingga empuk.
  • Masukkan separuh sosej yang dipotong tadi. Kacau rata.
  • Masukkan macaroni yang sudah direbus tadi dan kacau sehingga sebati.
  • Setelah siap, masukkan separuh macaroni tersebut ke dalam bekas/ loyang yang dah disapu marjerin.
  • Susunkan baki sosej tadi, taburkan mozarella cheese n picitkan cream cheese di atas macaroni tersebut.
  • Masukkan kesemua baki macaroni tadi n ulang langkah 8.
  • Bancuh telur, susu segar n sedikit garam n tuangkan ke dalam bekas tersebut.
  • Untuk menutup bahagian atas: cairkan butter, masukkan tepung n kacau sehingga sebati seterusnya masukkan susu segar n sedikit garam. Tuangkan adunan yang pekat ini ke atas macaroni tadi. (jika suka taburkan sedikit mozarella cheese di bahagian atas)
  • Bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah Celcius.
  • Siap untuk dihidangkan. Selamat Mencuba! :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN