Siakap stim limau express..Senang nak masak pakai pan ajaib..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Siakap Stim Limau Pan Ajaib
Siakap stim limau express..Senang nak masak pakai pan ajaib..
BAHAN-BAHAN
- seekor ikan siakap
- halia di hiris nipis
- 2 batang serai di mayang
- 2 biji bawang besar dihiris
- 3 biji bawang putih
- 1 batang saderi di potong serong
- 1 batang lobak merah potong ikut suka
- sedikit cili api
- 2 batang lada merah potong ikt suka
- Daun ketumbar
- 2 sudu sos ikan
- 2 biji limau nipis diambil jusnya
- garam n pak aji secukup rasa
- 1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
- Letakkan Ikan ke dalam periuk ajaib
- Taburkan bawang besar, Bawang putih, Serai, Cili Api
- Panaskan Periuk Ajaib dan letakkan 1/2 cawan air atau ikut suka sendiri nak letak air berapa banyak
- Masukkan sos ikan,, suai kan dengan rasa jangan banyak nanti masin
- Masukkan perahan air limau nipis tadi lau suka masam2 boleh letak lebih dan jangan lupa garam dan pak aji secukup rasa
- Tutup pan ajaib seketika masak dengan api sederhana
- Bila dah half cook masukkan carrot yang dah dipotong tadi serta lada merah dan batang saderi tutup seketika
- Bila dah masak tabur daun ketumbar bagi wangi.. lau kurang air boleh tambah..siap
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.