Sesuai untuk jamuan kahwin atau Valentine… dah dekat ni. Resepi dari majalah New Idea. Lepas makan biskut ada gula-gula kat mulut… manis!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Shortbread Hearts

Sesuai untuk jamuan kahwin atau Valentine… dah dekat ni. Resepi dari majalah New Idea. Lepas makan biskut ada gula-gula kat mulut… manis!!

BAHAN-BAHAN

  • 250gm mentega tanpa garam (pada suhu bilik)
  • ½ cawan gula halus
  • 2½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras
  • 70 biji gula-gula berwarna, yang keras (boleh pecah-pecahkan kalau terlalu besar)
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega degan gula sehingga gebu.
  • Masukkan tepung yang diayak dan kacau sehingga jadi doh lembut.
  • Bahagikan doh kepada dua, balut degan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  • Panaskan oven, 180C.
  • Keluarkan sebahagian doh dan canaikan setebal 1/2 cm. Boleh tambah sedikit tepung supaya tidak melekit.
  • Guna 7cm pemotong (bentuk jantung) potong satu keping doh. Letak doh tu kat atas dulang oven yang dilapis dengan kertas masakan.
  • Guna 4cm pemotong potong bentuk jantung di tengah-tengah bentuk jantung yang dipotong tadi. Ulang sampai habis.
  • Bakar selama 5 minit, letak sebiji gula-gula kat tengah-tengah setiap biskut. Jika gula-gula terlalu besar letak 1/2 biji. Bakar 5 minit lagi atau sehingga gula-gula dah cair.
  • Biar sejuk dalam dulang atau keluarkan dengan kertas masakan sekali dan biar sejuk atas rak.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN