resepi keluarga…selalu buat masa waktu belajar2 dulu..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Serunding ikan bilis

resepi keluarga…selalu buat masa waktu belajar2 dulu..

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm ikan bilis saiz kecil
  • 20/30 biji bawang merah kecil -dihiris
  • 20/30 biji cili kering – dipotong2 dan direbus serta di blend
  • minyak
  • garam dan sedikit belacan
  • 1 sudu kecil asam jawa dan dibancuh dgn sedikit air
CARA PENYEDIAAN
  • panaskan minyak untuk menggoreng bawang untuk dibuat bawang goreng. minyak biar banyak. bila minyak dah panas masukkan hirisan bawang dan satu sudu kecil garam untuk menggaringkan bawang goreng. cara menggoreng bawang ni hendaklah dengan menggunakan api yg kecil supaya bawang ni masak rata dan hendaklah dikacau2 selalu.
  • selepas bawang garing, angkat bawang dan ketepikan.
  • selepas itu goreng pulak ikan bilis dengan api yg perlahan dan dikacau2 selalu. apabila ikan bilis dah garing dan masak rata angkat ikan bilis dan ketepikan.
  • minyak dalam kuali tadi dikurangkan…tinggalkan sikit je sekadar untuk menumis. tumis cili kisar tadi hingga betul2 masak. boleh tambah sikit air untuk pastikan cili tu tak hangit dan untuk jadikan cili tu betul2 masak. masukkan sedikit garam, belacan dan air asam jawa. kacau2 lagi sehingga terbit minyak.
  • selepas dah terbit minyak boleh la dimasukkan ikan bilis goreng dan bawang goreng tadi. gaul2 rata dan tutup api.
  • kalau cara masak serunding ni betul…serunding ni boleh simpan lama kat luar. pastikan minyak tu tak banyak dan air dia betul2 kering. boleh dimakan dengan nasi putih panas2 dan roti..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN