Serunding ayam (basah). Sedap dimakan dengan nasi goreng, bubur lambuk atau pulut kuning.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Serunding Ayam

Serunding ayam (basah). Sedap dimakan dengan nasi goreng, bubur lambuk atau pulut kuning.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam (bahagian dada)
  • 10 biji bawang merah*
  • 2 batang serai*
  • 6 biji cili kering*
  • 3 cm halia*
  • *dikisar halus
  • 2 cawan santan
  • Sekeping asam gelugor
  • Sehelai daun kunyit (dihiris)
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam direbus dan dicarik dagingnya.
  • Tumis bahan kisar dalam sedikit minyak.
  • Masukkan ayam dan air rebusan ayam. Biar kering sedikit.
  • Masukkan santan, daun limau purut dan asam keping.
  • Masukkan garam. Bila hampir kering taburkan hirisan daun kunyit dan kacau rata.
  • Siap untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN