Ubah suai sendiri. Versi rajin..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Seri Muka Mama

Ubah suai sendiri. Versi rajin..

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilo beras pulut ( di rendam selama 1 jam )
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu kecil garam ( mama guna sudu KFC )
  • Bahagian Atas ( Kepala )
  • 5 biji telor
  • 5 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 1/2 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
  • 2 sudu kecil pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan kukusan.
  • Kisar kelapa dengan 2 1/2 cawan air untuk mendapatkan santan pekat. Ketepikan.
  • Kisar lagi hampas kelapa tadi dengan 2 1/2 cawan air lagi untuk mendapatkan santan cair pula. Tapis terus kedalam loyang yang berisi beras pulut. Hampas kelapa jangan di buang lagi.
  • Masukan garam dan gula. Gaul rata kemudian kukus selama 35 minit atau sehingga masak.
  • Sementara itu sediakan bahagian atasnya pula ( Kepala ).
  • Daun pandan di racik halus + 1/2 dari hampas kelapa tadi dan masukan 2 1/2 cawan santan pekat tadi. Kisar sehingga daun pandan hancur. Tapiskan.
  • Bersihkan pengisar. Pecahkan telor + cawan gula + ( santan pekat + daun pandan yang telah di tapis tadi ) + tepung gandum + tepung kastad + tepung jagung dan pewarna hijau. Kisar sehingga sebati.
  • Setelah pulut masak, tekan-tekan supaya kemas.
  • Tuang adunan bahagian kepala diatasnya.
  • Kukus lagi selama 30 minit. Setelah itu buka penutup kukusan, biarkan selama 5 minit, kalau masih ada kesan wap di atasnya, lap dengan tisu..tutup api dan sejukan.
  • Jika suka bahagian kepala warna coklat.
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kilo gula merah di masak dengan 2 cawan air. Ambil 1/2 cawan dari sukatan air tadi )
  • 5 biji telor
  • 1 1/2 cawan gula
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • Kisar semuanya sehingga sebati.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN