Resipi asal daripada Pn. Norazlina Nordin. Saling tak tumpah macam resipi seri kaya “Nyonya Peranakan”.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Seri Kaya Karamel

Resipi asal daripada Pn. Norazlina Nordin. Saling tak tumpah macam resipi seri kaya “Nyonya Peranakan”.

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji telur gred A
  • 300 ml pati santan (guna santan kotak pun boleh)
  • 240 g gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • Untuk karamel:
  • 60 g gula pasir
  • 125 ml air panas
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan telur, gula dan pati santan dalam satu bekas. Kacau menggunakan pemukul hingga gula hancur. Tapis adunan ke dalam periuk.
  • Masukkan gula pasir ke dalam periuk lain dan tenggekkan atas dapur. Masak hingga gula mencair, kacau selalu. Bila gula menjadi perang, perlahan-lahan masukkan air panas dan terus mengacau. Matikan api.
  • Kacau adunan no.1, dengan pemukul dan masukkan karamel tadi sambil terus mengacau. Masukkan daun pandan dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau dengan pemukul sehingga adunan menjadi pekat. Berhati-hati kerana adunan yang pekat akan memercik semasa proses memasak. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas botol.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending