Adunan serabai yang tidak menggunakan nasi sejuk…enak dimakan bersama serawa durian… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Serabai Mini , Serawa Durian™

Adunan serabai yang tidak menggunakan nasi sejuk…enak dimakan bersama serawa durian… :)

BAHAN-BAHAN

  • 300 g tepung beras
  • 100 g tepung gandum
  • 600 ml santan ( drp 1 kotak kecil + air )
  • 1 sb yis kering (1/2 peket )
  • 1 sk gula pasir
  • 1/2 sk garam
  • SERAWA DURIAN :-
  • 300 g gula melaka*
  • 2 sb gula pasir*
  • 200 ml air* ( masak * dn tapis)
  • 800 ml santan
  • 1/2 sk gaaram
  • 6-7 ulas durian (atau lebih ikut selera)
  • 2 helai daun pandan – disimpul
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan bahan2 serabai,kacau dan kisar hingga halus. Perap 10 min.
  • Legserkan sedikit minyak dalam acuan serabai dan panaskan atas api perlahan lalu tuang adunan serabai,tutup acuan dan biar 5-6 min atau hingga masak.
  • Jika tak ada acuan serabai boleh gunakan kuali yang mongkom.
  • Untuk serawa durian…campurkan semua bahan2 serawa dan masak hingga mendidih sambil dikacau sentiasa.
  • Setelah siap,hidangkan serabai bersama serawa durian.
  • Contoh acuan kuih serabai…..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN