Bakul hiasan yang boleh dimakan!!!
Satukan gula dan air biar gula larut. Masukkan yis dan biarkan ditempat suam selama 5 minit.
Masukkan tepung, garam dan minyak. Uli hingga menjadi doh. Sekiranya doh keras masukkan sedikit air jika melekit masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat dijari.
Cara-cara mengayam Bakul
Ambil satu mangkuk tahan panas mengikut saiz yang di sukai. Ukur dalam dan luar mangkuk dahulu supaya senang untuk membuat talinya. Biarkan ukuran 1″ lebih panjang dari ukuran asal.
Ambil doh dan gelek empat segi memanjang, guna pizza cutter dan potong beberapa tali memanjang dengan 3/4″ atau 1″ lebar terpulang pada saiz mangkuk lagi kecil lagi cantik patennya.
Telengkupkan mangkuk, biar permukaannya berada di bawah. Leser mangkuk dengan shortening supaya roti tidak melekat selepas dibakar nanti.
Ambil 2 tali yang di potong tadi dan buat silang pangkah di atas mangkuk. Ambil 2 lagi dan buat yang sama. Tekan sedikit ditengahnya supaya tali boleh melekat. Sapu dengan air untuk melekatkannya.
Kemudian mulakan mengayam tali menjadi bakul. Ambil satu tali, masukkan ke bawah salah satu lingkaran pangkah dan bawa tali “keatas kemudian kebawah” diselang seli sehingga habis lingkarannya sampai ke bawah mangkuk. Sekiranya tali tidak cukup panjang sambungkan dengan yang lain menggunakan air sebagai pelekat. Pastikan tali cukup panjang untuk mengayam bakul hingga habis.
Bila semua jalinan tali sudah sampai ke penghujungnya, gunting lebihan tali supaya sekata permukaanya.
Untuk menyiapkan keseluruhan bakul dan tepinya, ambil 3 potongan tali dan buat toncang seperti toncang rambut. Buat hingga habis pastikan toncang cukup panjang untuk mengelilingi bakul.
Sapu permukaan bahagian tepi bawah bakul dengan air dan lekatkan toncang tadi ke sekeliling mangkuk. Potong hujung cantuman toncang supaya lebih cantik dan gamkan dengan sedikit air supaya melekat dengan baik. Buat lagi satu toncang seperti diatas untuk tangkai bakul.
Apabila bakul telah siap sepenuhnya, ambil satu pinggan tahan panas dan letakkan di atas permukaannya. Tujuannya supaya bawah bakul menjadi leper dan rata. Kemudian bungkus dengan tuala dapur dan biarkan bakul mengembang di tempat suam selama 30 minit.
Untuk mengilatkan bakul, ambil sebiji kuning telur, campur denan 1 sudu kecil air dan sapu ringan dengan brush ke seluruhan bakul. Buat yang sama untuk tangkainya.
Masukkan bakul tadi ke dalam oven dan bakar pada suhu 180c selama 15 minit. Keluarkan bakul dari oven dan angkat keluar pinggan yang diletakkan di atas bakul tadi. Sapu bahagian bawah bakul dengan kuning telur dan masukkan kembali ke dalam oven. Bakar lagi selama 15 minit. Untuk tangkai letakkannya diatas loyang dengan posisi melengkung dan bakar.
Bila permukaan bakul dan tangkainya kelihatan keperangan, bolehlah dikeluarkan dari oven. Letak kembali pinggan ke atas permukaannya supaya dasar bakul menjadi rata.
Sejukkan bakul lebih kurang 15 minit, baru dikeluarkan mangkuk di dalamnya. Jika melekat, gunakan pisau yang disapu dengan minyak untuk mengeluarkannya.
Apabila mangkuk telah dikeluarkan pada bahagian dalamnya masih lagi lembut. Kemudian bungkus kelilingnya dengan aluminium foil supaya bahagian luar yang telah dibakar tidak hangus. Letakkan bakul diatas dulang dan bakar semula selama 10 minit supaya bahagian luar dan dalam bakul masak dengan sekata.
Setelah di keluarkan, bahagian tepi, atas dan bawah bakul kelihatan keperangan manakala bahagian dalamnya telah keras sedikit.
Bakul ini boleh di simpan selama 2 bulan. Balut dengan plastik wrap dan bungkus dengan aluminium foil. Simpan ditempat beku didalam peti ais.
Waaaaaaaa!!! dah siap,,, boleh dihidang dengan salad atau pasta didalamnya dan yang seronoknya bakul roti ni boleh dimakan!!! Boleh di buat sebagai bakul hantaran dengan buahan2 mini dan biskut di dalamnya…… pasti yang menerima akan memuji kreativiti anda… Enjoy yur Art!!!