Bakul hiasan yang boleh dimakan!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Seni Bakul Roti

Bakul hiasan yang boleh dimakan!!!

BAHAN-BAHAN

  • 7 cawan tepung roti
  • 1 paket yis segera (11gm)/2 tbsp yis segera
  • 2 1/2 cawan air
  • 3 tbsp gula halus
  • 2 tbsp garam halus
  • 1/4 cawan minyak masak/2 tbsp shortening
  • shortening utk disapu pada acuan
  • Pewarna (optional) susah nampak bila dibakar tetapi boleh cuba!!
  • Pengilat : Kuning telur dan air
  • Bahan-bahan untuk membuat Bakul :
  • 1. Mangkuk tahan panas (Pyrex/Corningware/Loyang aluminium) mengikut saiz yang dikehendaki sebagai Acuan Bakul.
    2. Pizza cutter/pisau/gunting
    3. Aluminium foil
    4. Pembaris
    5. Papan canai dan pengelek
    6. Pinggan tahan panas
  • Pelekat : air atau putih telur
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan gula dan air biar gula larut. Masukkan yis dan biarkan ditempat suam selama 5 minit.
  • Masukkan tepung, garam dan minyak. Uli hingga menjadi doh. Sekiranya doh keras masukkan sedikit air jika melekit masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat dijari.
  • Cara-cara mengayam Bakul
  • Ambil satu mangkuk tahan panas mengikut saiz yang di sukai. Ukur dalam dan luar mangkuk dahulu supaya senang untuk membuat talinya. Biarkan ukuran 1″ lebih panjang dari ukuran asal.
  • Ambil doh dan gelek empat segi memanjang, guna pizza cutter dan potong beberapa tali memanjang dengan 3/4″ atau 1″ lebar terpulang pada saiz mangkuk lagi kecil lagi cantik patennya.
  • Telengkupkan mangkuk, biar permukaannya berada di bawah. Leser mangkuk dengan shortening supaya roti tidak melekat selepas dibakar nanti.
  • Ambil 2 tali yang di potong tadi dan buat silang pangkah di atas mangkuk. Ambil 2 lagi dan buat yang sama. Tekan sedikit ditengahnya supaya tali boleh melekat. Sapu dengan air untuk melekatkannya.
  • Kemudian mulakan mengayam tali menjadi bakul. Ambil satu tali, masukkan ke bawah salah satu lingkaran pangkah dan bawa tali “keatas kemudian kebawah” diselang seli sehingga habis lingkarannya sampai ke bawah mangkuk. Sekiranya tali tidak cukup panjang sambungkan dengan yang lain menggunakan air sebagai pelekat. Pastikan tali cukup panjang untuk mengayam bakul hingga habis.
  • Bila semua jalinan tali sudah sampai ke penghujungnya, gunting lebihan tali supaya sekata permukaanya.
  • Untuk menyiapkan keseluruhan bakul dan tepinya, ambil 3 potongan tali dan buat toncang seperti toncang rambut. Buat hingga habis pastikan toncang cukup panjang untuk mengelilingi bakul.
  • Sapu permukaan bahagian tepi bawah bakul dengan air dan lekatkan toncang tadi ke sekeliling mangkuk. Potong hujung cantuman toncang supaya lebih cantik dan gamkan dengan sedikit air supaya melekat dengan baik. Buat lagi satu toncang seperti diatas untuk tangkai bakul.
  • Apabila bakul telah siap sepenuhnya, ambil satu pinggan tahan panas dan letakkan di atas permukaannya. Tujuannya supaya bawah bakul menjadi leper dan rata. Kemudian bungkus dengan tuala dapur dan biarkan bakul mengembang di tempat suam selama 30 minit.
  • Untuk mengilatkan bakul, ambil sebiji kuning telur, campur denan 1 sudu kecil air dan sapu ringan dengan brush ke seluruhan bakul. Buat yang sama untuk tangkainya.
  • Masukkan bakul tadi ke dalam oven dan bakar pada suhu 180c selama 15 minit. Keluarkan bakul dari oven dan angkat keluar pinggan yang diletakkan di atas bakul tadi. Sapu bahagian bawah bakul dengan kuning telur dan masukkan kembali ke dalam oven. Bakar lagi selama 15 minit. Untuk tangkai letakkannya diatas loyang dengan posisi melengkung dan bakar.
  • Bila permukaan bakul dan tangkainya kelihatan keperangan, bolehlah dikeluarkan dari oven. Letak kembali pinggan ke atas permukaannya supaya dasar bakul menjadi rata.
  • Sejukkan bakul lebih kurang 15 minit, baru dikeluarkan mangkuk di dalamnya. Jika melekat, gunakan pisau yang disapu dengan minyak untuk mengeluarkannya.
  • Apabila mangkuk telah dikeluarkan pada bahagian dalamnya masih lagi lembut. Kemudian bungkus kelilingnya dengan aluminium foil supaya bahagian luar yang telah dibakar tidak hangus. Letakkan bakul diatas dulang dan bakar semula selama 10 minit supaya bahagian luar dan dalam bakul masak dengan sekata.
  • Setelah di keluarkan, bahagian tepi, atas dan bawah bakul kelihatan keperangan manakala bahagian dalamnya telah keras sedikit.
  • Bakul ini boleh di simpan selama 2 bulan. Balut dengan plastik wrap dan bungkus dengan aluminium foil. Simpan ditempat beku didalam peti ais.
  • Waaaaaaaa!!! dah siap,,, boleh dihidang dengan salad atau pasta didalamnya dan yang seronoknya bakul roti ni boleh dimakan!!! Boleh di buat sebagai bakul hantaran dengan buahan2 mini dan biskut di dalamnya…… pasti yang menerima akan memuji kreativiti anda… Enjoy yur Art!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN