Bagaimana cara nak masak Sengkuang Colek?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sengkuang Colek

Bagaimana cara nak masak Sengkuang Colek?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 biji sengkuang (Dikupas kulit) 
  • ½ cawan kacang goreng tumbuk 
  • 1 sudu makan bijan 
    (Digoreng tanpa minyak)
  • Bahan B (Sos)
  • 10 biji cili api
  • Sedikit belacan 
  • 1 sudu makan sos petis (otak udang) 
  • 3 sudu makan gula 
  • ½ cawan kicap lemak manis 
  • 2 sudu makan tepung gandum
CARA PENYEDIAAN
    1. Hiris sengkuang setebal ½ inci. Basuh dan tuskan airnya. 
    2. Bagi membuat sos, masukkan cili api, belacan, sos petis, gula, dan 
      kicap ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. 
    3. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam kuali dan masakkan sehingga 
      mendidih. 
    4. Masukkan tepung gandum dan kacau rata sehingga pekat. 
    5. Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk. Sejukkan. 
    6. Tuangkan sos di atas sengkuang. Taburkan kacang dan bijan goreng. 
    7. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN