Project Description

Bagaimana cara nak masak Semur Daging?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Semur Daging

Bagaimana cara nak masak Semur Daging?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 500 g daging (Dipotong nipis) 
  • 4 sudu makan serbuk rempah kurma
  • 2 sudu makan kicap lemak manis 
  • 3 biji cili hijau 
  • 2 cawan air 
  • 1 sudu makan kerisik 
  • ½ cawan minyak masak 
  • Garam (Sekiranya perlu)
  • Bahan B (Tumisan)
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 8 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak, tumiskan bahan B dan rempah kurma sehingga wangi dan pecah minyak. 
    2. Masukkan daging, kicap, cili hijau, dan air. Masakkan dengan api perlahan sehingga daging lembut dan pekat. 
    3. Masukkan kerisik dan kacau rata. 
    4. Masukkan dalam pinggan dan sedia dihidangkan. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.