kuih tradisi..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Semperit Bunga Cina~@
kuih tradisi..
BAHAN-BAHAN
- 250g butter
- 350g tepung jagung (cap kupu2, dlm tin oren)
- 100g tepung ubi
- 1 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan susu pekat manis
- 1/4 cawan gula halus
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- kismis hitam dipotong kecil [untuk hiasan]
CARA PENYEDIAAN
- Pukul telur, susu, gula, esen vanila dan butter sehingga sebati.
- Masukkan tepung jagung dan uli sebentar.
- Masukkan pula tepung gandum dan gaul rata.
- Akhir sekali masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat di tangan.
- Tak perlu di habiskan tepung ubi jika doh dah tak melekat di tangan. klau masih tak cukup tepung, tambah tepung jagung sedikit2..
- Terap dengan acuan bunga cina dan hias dengan kismis hitam..
- Bakar sehingga masak pada suhu 150~180’C selama 10~15 minit [bergantung pada kepanasan oven]…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.