Kuih apam yg menggunakan putih telur…lebihan putih telur drpd membuat kek roll nutella.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Selendang Mayang(Apam Putih Telur)™

Kuih apam yg menggunakan putih telur…lebihan putih telur drpd membuat kek roll nutella.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cwn putih telur
  • 1 cwn gula halus (kurangkan sedikit kerana resipi asal kuih terlalu manis)
  • 1 sk ovalette
  • 1 sk garam halus
  • 1 cwn tepung gandum – diayak
  • 1 1/2 cwn pati santan(saya guna santan kotak aje)
  • sedikit esen coconut pandan/pandan flavour atau apa saje flavour utk menghilangkan bau telur.
  • 3 warna pilihan
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul putih telur sebentar dan masukkan gula sedikit2,garam dan ovalette dan pukul terus dgn kelajuan tinggi hingga putih gebu.
  • Masukkan tepung dan santan berselang-seli hingga habis sambil dipukul hingga sebati dgn kelajuan sederhana. Matikan mixer dan gaul pula dgn senduk atau spatula hingga rata.
  • Masukkan esen dan digaul lagi. Adunan dibahagi 3 dan warnakan.
  • Kukus adunan selapis2 didlm loyang yg dialas dan digris. Setiap 1 lapis dikukus 10 min. dan lapis akhir dikukus selama 20 min. atau hingga permukaan kuih kering.
  • Biarkan kuih sejuk didlm loyang. Potong dan hidangkan.
  • Utk pengetahuan bersama, adunan kuih ini tak sesuai dikukus dlm paper cup.Saya dah cuba…apabila dibuka penutup kukusan kuih nampak kembang tapi terus mengecut depan mata…terperanjat sekejap…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN