Lontong biasa dimkn ketika sarapan juga menjadi hidangan pd hari raya dan rumah terbuka.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Sayur Lodeh – Kuah Lontong™

Lontong biasa dimkn ketika sarapan juga menjadi hidangan pd hari raya dan rumah terbuka.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan yg dikisar halus * :-
  • *10 tangkai cili kering
  • *2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 jari kunyit hidup
  • *1 hiris halia
  • *2 sudu udang kering
  • *2 sudu ikan bilis
  • *sedikit belacan – jika suka
  • *2 sk jintan kasar – sangar
  • 2 batang serai – dititik
  • 4 helai daun salam
  • 1/2 jari lengkuas – diketuk
  • 200 g udang hidup yg dikupas kulit
  • Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 1 biji terung panjang
  • 1 keping tahu kering – rendam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu – di potong kecil dan goreng
  • 4 keping tempe – dipotong dan digoreng
  • 2 ikat su’un – direndam
  • lada merah dan hijau – dipotong serong
  • 2 ltr santan pekat dan cair – drpd 3 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  • Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN