Project Description

Bagaimana cara nak masak Sayur Lemak Sengkuang?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sayur Lemak Sengkuang

Bagaimana cara nak masak Sayur Lemak Sengkuang?

BAHAN-BAHAN

  • ½ biji sengkuang (Dipotong kecil) 
  • Sedikit fucuk kering 
  • Sedikit suun 
  • 15 ekor udang segar (Dibuang kulit) 
  • 2 biji cili merah (Dihiris kasar) 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar) 
  • 2 cawan air 
  • 1 cawan santan pekat 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh sengkuang dan tuskan airnya. 
    2. Potong fucuk dan suun dan rendamkan sehingga lembut. Tuskan airnya. 
    3. Masukkan sengkuang, udang, fucuk, suun, cili merah, bawang besar, air, dan garam ke dalam periuk. 
    4. Masakkan sehingga mendidih. 
    5. Masukkan santan dan sentiasa kacau supaya kuah tidak pecah minyak. 
    6. Tutup api dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.