goreng kobis cara sendiri.. sedap tak rugi cuba

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

sayur kobis lada hitam

goreng kobis cara sendiri.. sedap tak rugi cuba

BAHAN-BAHAN

  • 1/4 sayur kobis bulat (kobis saiz besar)
  • bebola ikan (5 biji dibelah 4)
  • kek ikan (sekeping dipotong nipis)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • serbuk lada hitam / lada hitam tumbuk (satu sudu besar / boleh tambah kalau suka)
  • sos lada hitam
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa (tak perlu kalau tak suka)
  • 3 biji cili padi (tak perlu kalau tak nak pedas)
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • ketuk bawang putih sampai pecah. bawang merah dimayang nipis. dan tumiskan
  • Masukkan bebola ikan dan kek ikan yang telah dipotong dan goreng seketika.
  • masukkan sos lada hitam dan kacau sebentar.
  • masukkan sayur dan goreng seketika. kemudian masukkan serbuk lada hitam/ lada hitam tumbuk dan kacau rata.
  • setelah agak masak, masukkan garam, serbuk perasa dan cili padi. Gorengkan sampai masak. boleh tambah sedikit air untuk dapatkan kuah.
  • siap untuk dihidangkan. Sedap.. dan boleh jadi satu alternatif untuk sayur kobis goreng biasa.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN