resipi dari mentua yg menjadi tradisi keluarga mentua..aku buat masa raya puasa 2011 yg lalu..mendapat sambutan hangat licin hingga menjilat jari

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

sayur goreng/sambal sayur goreng

resipi dari mentua yg menjadi tradisi keluarga mentua..aku buat masa raya puasa 2011 yg lalu..mendapat sambutan hangat licin hingga menjilat jari

BAHAN-BAHAN

  • 2 kilo perut lembu – yg berwarna putih (direbus dulu)
  • 1 kilo udang basah yg putih
  • 9 keping tauhu – dipotong dan digoreng
  • 1/2 kilo kacang buncis – di potong nipis
  • 20 biji cili merah – dimayang halus
  • 1/2 kilo bawang merah – di mayang halus
  • 20 ulas bawang putih – dimayang halus
  • 1 kilo santan
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • minyak utk menggoreng dan menumis
CARA PENYEDIAAN
  • perut lembu yg direbus tadi dipotong halus kemudian di goreng hingga kuning
  • udang digoreng hingga masak,bawang merah dan bwg putih digoreng terlebih dahulu
  • tauhu dan kacang buncis juga digoreng berasingan juga
  • ketepikan bahan2 yg telah digoreng tadi..biar sejuk seketika
  • masak santan bersama garam n gula secukuop rasa sehingga mendidih,pasti kan dikacau selalu agar tidak berketul2
  • setelah santan mendidih masukkan kesemua bahan2 yg digoreng tadi dan dikacau hingga rata dan sebati rasanya,dan digoreng sehingga kering kuah santan tadi,pastikan jgn sampai hanggit..
  • kemudian boleh lah dihidang bersama nasi putih dan rendang atau nasi impit atau dimakan begitu saje..sehingga menjilat jari

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN