Resipi Sayur Campur bergajus sedap di makan dengan nasi atau di ratah begitu sahaja. Hanya mengambil masa lebih kurang 10 ke 15minit untuk menyediakannya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

SAYUR CAMPUR BERGAJUS

Resipi Sayur Campur bergajus sedap di makan dengan nasi atau di ratah begitu sahaja. Hanya mengambil masa lebih kurang 10 ke 15minit untuk menyediakannya.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 1/4 cawan biji gajus – di goreng dan toskan
  • 10 tangkai cili kering – di goreng dan toskan
  • 1/2 cawan isi ayam – di potong memanjang
  • 1 sudu besar Sos Tiram Maggi
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan minyak sayuran – untuk menggoreng Klik di sini untuk isi bahan
  • Bahan B
  • 1/4 cawan lobak merah – di potong seperti mancis
  • 1/4 cawan brokoli
  • 4 tangkai sayur bok choy
  • 4 tangkai putik jagung – di potong menyerong
  • 1/4 cawan hirisan lada benggala (kuning dan merah)
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 sudu besar Maggi® CukupRasa™
  • 2 sudu besar minyak sayuran – untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan 1 cawan minyak di dalam kuali, goreng isi ayam yang di perap dengan Sos Tiram Maggi serta golekkan dengan tepung jagung terlebih dahulu sehingga garing. Goreng juga biji gajus dan cili kering secara berasingan.Tos dan ketepikan seketika.
  • Di dalam kuali yang lain, panaskan 2 sudu besar minyak sayuran. Masukkan putik jagung dan lobak merah terlebih dahulu. Kacau sebentar dan masukkan pula sayur brokoli dan bok choy sambil di kacau lagi.
  • Seterusnya tuangkan air kedalam sayuran dan kacau lagi.
  • Setelah sayuran separuh masak masukkan lada benggala dan taburkan penambah perasa semua dalam satu, Maggi® CukupRasa™ kedalam sayuran.
  • Seterusnya masukkan cili kering, isi ayam dan biji gajus yang di goreng tadi. Kacau hingga semuanya bercampur dengan sayuran dan matikan api dapur. Jangan terlebih masak ye, kerana zat dan vitamin dalam sayuran akan hilang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN