Sayur Campur Amatur

Ini kali pertama hantar gambar masakan di sini (malu). Sesuailah untuk orang yang mahu diet macam saya tapi mahu makan banyak. Gambar tidak berapa cantik sebab pakai kamera telefon.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sayur Campur Amatur

Ini kali pertama hantar gambar masakan di sini (malu). Sesuailah untuk orang yang mahu diet macam saya tapi mahu makan banyak. Gambar tidak berapa cantik sebab pakai kamera telefon.

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji bawang putih – diracik halus
  • 1 biji bawang merah (dimayang)
  • 2 sm halia (diracik memanjang)
  • 2 sudu besar sos tiram + 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar tepung jagung (dicampurkan dengan 5 sudu air)
  • 5 tangkai cili padi (kalau suka pedas lebihkan) – dititik
  • 1 tangkai cili merah besar (dimayang)
  • 1 sudu kecil serbuk perisa ayam/ikan bilis (bancuh dengan 1/2 cawan air panas)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sayuran ikut suka. Cadangan: lobak merah, brokoli, kubis bunga, jagung kecil dan tomato
  • Sedikit lada hitam
  • Tambahan: tauhu Jepun (goreng)
  • 2 sudu besar minyak masak (kalau diet pakailah minyak yang sesuai)
  • 6 ketul cendawan hitam yang telah direndam dan dipotong
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang putih, halia, bawang merah, lada hitam dan cili merah besar sehingga garing dan naik bau.
  • Sementara itu, didihkan air dalam periuk lain. Setelah air mendidih, celur sekejap sayuran kecuali tomato. Toskan.
  • Masukkan sos tiram dan sos kicap manis udang. Kacau selama satu minit.
  • Tambahkan cili padi. Kacau sekejap kemudian masukkan serbuk perisa ayam/ikan bilis yang sudah dibancuh. Tambah cendawan. Biarkan mendidih seketika. Tambah garam dan gula secukupnya. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  • Setelah kuah pekat, tutup api dan tuangkan kuah ke atas pinggan yang di atasnya telah disusun sayur yang telah dicelur tadi, tauhu Jepun dan bebola ikan bersama tomato. Mahu aroma yang sedap…tabur bawang goreng…siap!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago