Salah satu makanan yang disukai ramai kat Australia. Sesiapa yang suka makan pai daging, cubalah resepi ini.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sausage Roll With Cheese

Salah satu makanan yang disukai ramai kat Australia. Sesiapa yang suka makan pai daging, cubalah resepi ini.

BAHAN-BAHAN

  • 1 Keping Puff Pastry
  • 200gm daging cincang (campuran daging dan ayam)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/4 biji bawang besar (dicincang)
  • 2 sb serbuk roti
  • 1 sb keju parut (Parmesan atau Cheddar)
  • 1 sk daun pasli kering
  • 1/2 sk garam
  • 1/4 sk lada hitam
  • Telur untuk sapu
  • 2 keping keju (dipotong memanjang)
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan kecuali pastri dan telur, ke dalam mangkuk besar. Gaul hingga rata dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  • Panaskan oven, 200C. Sementara itu sediakan gulungan sosej (‘sausage roll’).
  • Buat lubang-lubang kecil kat pastri dengan garpu.
  • Letakkan campuran daging ke atas pastri dan letak keju yang dipotong atas daging. Balut keju dengan daging.
  • Gulungkan daging dengan pastri. Potong pastri yang lebih. Tutup/tekan hujung ‘sausage roll’ dengan garpu.
  • Sapu permukaan ‘sausage roll’ dengan telur. Bakar selama 30 minit.
  • Tips: Kalau nak guna daging sosej pun boleh.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN