Ada sandwich sejuk dlm peti ais smalam punya tak abis? Atau dah bosan makan sandwich biasa je? Cuba try test yg ni – sure habis punya!

p/s: terpaksa letak gambar yg tengah digoreng, yg dah siap tak sempat amik dah habis – lapar sangat! :D

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sandwich Goreng

Ada sandwich sejuk dlm peti ais smalam punya tak abis? Atau dah bosan makan sandwich biasa je? Cuba try test yg ni – sure habis punya!

p/s: terpaksa letak gambar yg tengah digoreng, yg dah siap tak sempat amik dah habis – lapar sangat! :D

BAHAN-BAHAN

  • 1 buku roti Gardenia
  • 1 tin besar sardin cap Ayam
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji timun sederhana besar
  • 1 biji limau nipis besar
  • sedikit serbuk lada sulah Ajinomoto (kalau tak suka tak yah letak)
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1/4 sudu besar tepung jagung
  • 1/4 sudu besar serbuk kunyit utk pewarna (kalau tak suka tak yah letak)
  • Secubit garam
  • Minyak yg cukup utk deep fry
  • 3-4 tangkai cili api (kalau suka pedas) @ 2 tangkai cili merah
  • sedikit air
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam satu bekas yg sesuai, lenyek sardin. Kalau tak suka tulang ikan sardin/ sos tomato sardin tu, buangkan. Kadar hancur ikan terpulang pada selera individu. Ketepikan.
  • Bawang besar dan cili dicincang halus. Timun juga dicincang – buang dulu bahagian tengah yang berbiji tu supaya sardin tak terlalu berair. Gaulkan kesemua bahan cincang ke dalam sardin.
  • Potong limau nipis, perah airnya. Kalau tak guna cili merah/cili api, taburkan serbuk lada sulah.
  • Sapukan campuran sardin pada roti yang telah disapu mentega. Buat macam sandwich biasa tu… :)
  • Potong sandwich tu menyerong jadi 4 potongan berbentuk 3 segi. Ketepikan.
  • Bancuh tepung gandum & tepung jagung dengan sdikit garam & serbuk kunyit (macam nak buat tepung goreng pisang). Kecairan/kepekatan bancuhan tepung bergantung kepada selera individu.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah betul2 panas, baru celup sandwich yg dah dipotong tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng. Hati2 jgn sampai terkena minyak panas!
  • Balikkan supaya garing rata. Angkat dan toskan sebelum dihidang. Sedap makan panas-panas tak kira bila… Cubalah!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN