simple aja, ada aroma daun kari.. sambal tumis ni bleh gak d jadikn basic utk sambal nasi lemak, kalo x silap ada request dr ellymeow(dh lama).. cubalah, mudah aja :)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
???Sambal(T)Telur Karipulay®
simple aja, ada aroma daun kari.. sambal tumis ni bleh gak d jadikn basic utk sambal nasi lemak, kalo x silap ada request dr ellymeow(dh lama).. cubalah, mudah aja :)
BAHAN-BAHAN
- 8 biji telur – cuci /rebus
- ~selepas proses buang kulit, goreng telur hingga sedikit keperangan~
- *1 labu bawang besar
- *4 ulas bawang putih
- *2 inci halia
- bhn* d kisar halus
- 1 mngkuk kecil@1 cawan cili kering kisar
- 4 sudu besar sos cili
- 4 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar gula@kalo suka pedas kurangkn gula
- 1 sudu besar maggi cukup rasa
- 1 btg kulit kayu manis / sedikit garam
- 1@2 tangkai daun kari
- ~utk sambal nasi lemak, daun kari d tukar serai yg d titik/ketuk~
- ~toptips Z~ utk mudahkn proses kopek/kupas kulit telur, selesai proses rebus – masukkn telur dlm bekas air sejuk(paip) & letakkn 1@2 sudu besar garam – terus kopek aja :)
CARA PENYEDIAAN
- Cam biasa, panaskn 1/2 cawan minyak@kalo suka brminyak bleh lebihkn
- Tumiskn bhn * , kulit kayu manis & daun kari hingga naik bau , x prlu garing – masukkn cili kisar, kacau mesra d ikuti 2 jenis sos & kicap manis
- Masukkn gula & srbuk maggi ckup rasa – kacau slalu, sesuai rasa garamnya. Masak hingga pekat & pecah minyak. Curahkn sambal ke atas telur
- Siap, mudah aja.. selamat mncuba :)
- ~Sy letak info kebaikan/khasiat daun karipulay~ Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india~Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman~Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit~Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan~Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis~Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir~Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes~Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan~Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban~Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa~Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu :)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.