Variasi sambal tumis kegemaran dari dapur orang bujang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Tumis Ayam

Variasi sambal tumis kegemaran dari dapur orang bujang.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm isi ayam bahagian dada
  • 3 ulas bawang merah – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 3 biji cili padi – dikisar
  • 1 batang serai – dikisar
  • 2 inci halia – dikisar
  • 2 inci belacan – dikisar
  • 3 sudu makan cili giling / pes cili
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • garam, gula / serbuk perasa, asam jawa
  • minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam dipotong dadu, dibersihkan dan ditos seketika.
  • Gaulkan ayam bersama garam, serbuk perasa, serbuk kunyit dan serbuk lada sulah. Perap sebentar.
  • Tumiskan bahan kisar sehingga terbit bau, dan masukkan cili giling dan biar agak garing dengan api kecil.
  • Masukkan ayam dan goreng sehingga masak atau agak kering sedikit.
  • Untuk seimbangkan rasa, boleh bubuh gula kepada mereka yang tidak menggemari serbuk perasa dan sedikit asam jawa tanpa biji lebih kurang 1/2 sudu teh.
  • Gaulk seketika dan angkat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN