Sambal mudah yg sedap, pedas dan sesuai dimakan dgn cekodok bilis, nasi putih panas2 atau pun nasi goreng – walau terbakar mulutku tapi susah nak benti makan!…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Terbakar Mulutku

Sambal mudah yg sedap, pedas dan sesuai dimakan dgn cekodok bilis, nasi putih panas2 atau pun nasi goreng – walau terbakar mulutku tapi susah nak benti makan!…

BAHAN-BAHAN

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji kentang saiz besar
  • 15-20 biji cili api
  • 2 tangkai cili hijau
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 genggam ikan bilis yg telah digoreng garing
  • Secubit belacan
  • Secubit garam, sedikit gula & 1 sudu kecil air
  • Secubit asam jawa @ 2 keping asam keping
CARA PENYEDIAAN
  • Kentang dikupas kulit dan dicuci bersih2. Potong sampai menyerupai french fries tapi pendek2, atau dadukan, ikut suka.
  • Goreng kentang tadi hingga garing dengan minyak yg banyak. Toskan minyak dari kentang yg dimasak sementara kita sediakan bahan2 lain.
  • Hiris bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit nipis-nipis. Asingkan.
  • Cili api dihiris serong setiap satu. Kemudian buat yg sama kepada cili hijau.
  • Dengan menggunakan sedikit daripada minyak menggoreng kentang tadi, tumis bahan2 yg dihiris dalam cara no. 3 sehingga wangi.
  • Bila dah wangi, masukkan belacan dan cili api & cili hijau. Kacau biar rata. Perlahankan sedikit api dapur supaya orang lain tak terbatuk/terbersin sementara kita masakkan cili tersebut :-)
  • Hiris bawang besar tebal2. Masukkan dalam tumisan tadi, kacau rata. Masukkan garam, gula & air asam jawa sedikit demi sedikit, sesuaikan dengan rasa. Biarkan air tersebut mendidih.
  • Bila sambal dah mendidih, tutup api. Masukkan ikan bilis & kentang yg dah digoreng garing tadi, kacau rata.
  • Masukkan dalam mangkuk dan hidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN