Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis

Masakan Pahang sebelah Lipis & Raub, resipi emak saya. Boleh simpan lama dalam peti sejuk dan makan dengan nasi panas-panas. Sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis

Masakan Pahang sebelah Lipis & Raub, resipi emak saya. Boleh simpan lama dalam peti sejuk dan makan dengan nasi panas-panas. Sedap!

BAHAN-BAHAN

  • 3 1/2 sudu tempoyak (yang baru lagi cun)
  • 4 papan petai (ambil isinya)
  • Bahan tumbuk: 2 biji bawang merah ,2 biji bawang putih, 5-8 cili padi merah (nak pedas tambah lagi) dan sedikit garam
  • 1 labu bawang besar potong bulat
  • Segenggam ikan bilis
  • Sehelai daun kunyit muda diracik halus (untuk harum) – tambahan sahaja
  • Secubit @ hujung sudu kecil serbuk kunyit (untuk warna)
  • 5 sudu minyak masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan tempoyak, ikan bilis, petai dan sedikit air tunggu sehingga petai layu/masak.
  • Masukkan bawang besar, daun kunyit, serbuk kunyit tadi, tunggu sebentar dan angkat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago