experiment, jadi sedap la
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sambal sotong pedas kaw
experiment, jadi sedap la
BAHAN-BAHAN
- – sotong 1 kg (seeloknya sotong panjang 5 inci)
- – serai 2 btg *
- – halia 1 inci *
- – bawang putih 3 ulas *
- – bawang besar 2 labu *
- – cili api 12 biji *
(boleh tambah/kurang ikut citarasa) - – cili besar 2 biji *
- – biji ketumbar 1 sudu kecil ^
- – biji lada hitam 2 sudu kecil ^
- – sos tiram 2 sudu besar @
- – kicap pekat 2 sudu besar @
- – garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- tumbuk bahan (^) ketumbar dan lada hitam halus2.
Diikuti semua bahan bertanda *
tak perlu lumat sgt, nak lumat pun boleh
- panaskan minyak, dan letakkan semua bahan2 yang telah ditumbuk tadi. Goreng hingga naik bau atau bertukar warna
- Masukkan sotong. Jangan masukkan air walaupun permulaan nampak kering. sbb nanti sotong akan keluarkan air. tutup dengan penutup sampai empuk. kacau2 bila perlu
- masukkan bahan2 (@) sos tiram, kicap pekat, garam
- sekiranya perlu..Bila dah hampir masak, kalau nak berkuah banyak, boleh la letak air sikit
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.