Menggunakan sotong putih kering, berlainan dari sotong kembang kering yang biasa

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

{Sambal Sotong Kering}

Menggunakan sotong putih kering, berlainan dari sotong kembang kering yang biasa

BAHAN-BAHAN

  • 300 g sotong putih kering
  • 7 cmb cili kisar
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 30 g ikan bilis halus
  • 1 cmb pes asam jawa
  • 2 cmb gula
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam sotong putih kering sehingga agak kembang untuk mengeluarkan kotoran dan mengurangkan masin, bilas dan toskan
  • Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis halus
  • Tumis bahan kisar, masukkan cili kisar, masak hingga cili garing dengan periuk tertutup
  • Masukkan gula secukup rasa
  • Masukkan pes asam jawa (saya guna pes asam jawa Adabi) dan sedikit air
  • Masukkan sotong putih kering, masak lagi hingga sotong mesra dengan sambal
  • Saya tidak menggunakan garam kerana sotong putih kering dan ikan bilis sudah sedia masin, bagaimanapun terpulang kepada anda untuk menyesuaikan rasa
  • Sotong putih kering hubby saya beli di Wang Kelian, produk baru hasil laut, mungkin agak sukar mencarinya di Malaysia, bagaimanapun, suatu kelainan kerana tidak liat seperti sotong kembang kering yang biasa
  • Sesuai dimakan bersama Nasi Lemak Daun Pandan yang wangi

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN