pedas masakan ni..dah namanya pun sambal..kekeke…tengok makcik ni masak kat tv sempoi je…terus cuba…:)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal legi daging

pedas masakan ni..dah namanya pun sambal..kekeke…tengok makcik ni masak kat tv sempoi je…terus cuba…:)

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilo daging – elok batang pinang…dipotong nipis
  • 5 bawang putih – dihiris nipis
  • 1/2 bawang besar – dihiris – kalau saiz kecil sgt buat sebiji
  • 15 cili kering – direbus dan diblend
  • 10 cili padi -ditumbuk lumat/ blend
  • 1 sudu kecil asam jawa dibancuh dgn secawan air
  • kicap manis secukupnya
  • gula dan garam secukupnya
  • 5 helai daun kari
  • 1 bawang besar dipotong bulat
  • 1-2 tomato dibelah 6
CARA PENYEDIAAN
  • mula2 panaskan minyak dalam kuali…goreng daging sehingga habis keluar airnya…api jgn kuat sgt..agak2 air nya dah kering terus angkat..tak yah lama sgt…tepikan
  • kemudian kurangkan minyak dlm kuali tadi…dan tumis bawang putih serta bawang besar yg telah dihiris halus…bila dah layu bawang2 tadi..masukkan cili kisar…tumis hingga cili masak dan masukkan cili padi pula….tumis hingga terbit minyak..
  • kemudian…masukkan daging yg telah digoreng dan air asam jawa…masukkan jugak kicap…masak hingga kuah tadi agak kering..rasa daging tu…kalau dah lembut boleh isi garam gan gula…kalau liat lagi..isi lagi air..dan masak lagi sampai kuah kering dan daging empuk….lepas tu baru boleh isi garam dan gula…kicap tu ikut la…tahap gelap cam ne yg kita nak…
  • akhir sekali..masukkan daun kari…buah tomato dan bawang yg dipotong bulat…bila dah layu bawang tadi…boleh tutup api…dah siap..boleh dihidangkan dgn nasi putih atau nasi2 lain…nak makan dgn lemang pun sedap nih…:)
  • ( nota: sambal ni memang pedas…kalau tak cukup cili boleh tambah…kalau nak kurangkan pun boleh…kalau nak gantikan air asam jawa dgn asam keping pun boleh jugak…kalau ikut resepi asal tak letak pun bawang yg dipotong bulat dan tomato…tapi saya yg tambah…ikut selera masing2…)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN