Sedap dan mudah

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Kentang dan Tempe

Sedap dan mudah

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji kentang saiz besar, dipotong baji 8
  • 1 paket tempe (dalam plastik), dipotong kecil
  • 2 senduk (senduk nasi) cili boh
  • 1 labu bawang besar saiz sederhana, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • Serbuk kunyit dan garam secukupnya
  • Gula dan sedikit ajinomoto (jika suka)
  • 1/2 sdt cuka makan
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Kentang dan tempe digoreng dengan kunyit, garam. Ketepikan
  • Tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih di dalam minyak panas, sehingga naik bau
  • Masukkan cili boh dan biar sampai garing dan pecah minyak
  • Masukkan cuka, garam, ajinomoto dan gula. Kacau sebati dan rasakan.
  • Campurkan kentang dan tempe goreng ke dalam sambal, gaul sebati. Hidangkan
  • *Jika ingin sambal sedikit basah, boleh ditambahkan 1-2 sdb air ke dalam Cara 4

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN