resepi warisan bonda..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal kacang warisan Bonda

resepi warisan bonda..

BAHAN-BAHAN

  • 500g kacang tanah (goreng dengan minyak dan tumbuk/ kisar tapi jangan terlalu hancur biar ada berbiji2 sikit..)
  • 250g daging cincang kecil2 dan direbus sehingga empuk jangan buang airnya ~ 1 cawan.
  • 6 ulas bawang*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci kunyit basah/hidup*
  • 3 batang serai diracik2*
  • 1 biji buah keras*
  • 1 camb gula merah/gula tebu/gula melaka
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • 1/4 cawan air asam jawa/1 keping asam keping
  • 1 kiub daging knorr jika suka
  • ~ 15 – 20 tangkai lada kering di blender.( berasingan dengan bahan *)
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan bertanda* dikisar besama.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga berbau wangi kemudian barulah masukkan lada kisar. Tumis lagi sehingga lada betul2 masak dan berbau wangi.
  • Masukkan daging rebus dan air rebusan daging kacau rata. Biar mendidih seketika..Kemudian masukkan kacang yg telah ditumbuk. Biar merenih perlahan.
  • Masukkan gula merah, gula, garam kiub daging, asam dan perasakan..Seeloknya agak manis sedikit sambal ini..
  • Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air..biar mendidih.angkat ..boleh dihidangkan bersama ketupat, nasi impit atau sate…selamat mencuba..
  • * Tambahan sedikit daging rebus dalam sambal ini memberi rasa yg berlainan..tak caya cuba…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN