Project Description

Bagaimana cara nak masak Sambal Kacang Sotong?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Kacang Sotong

Bagaimana cara nak masak Sambal Kacang Sotong?

BAHAN-BAHAN

  • ½ cawan kacang tanah 
  • 2 keping sotong kembang (Dipotong kecil) 
  • 20 tangkai cili kering 
  • 10 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
    (Cili kering, bawang merah & bawang putih dikisar bersama)
  • 1 sudu makan asam jawa (Dibancuh dengan air)
  • ½ cawan air 
  • 1 sudu makan gula 
  • Garam secukup rasa 
  • ½ cawan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
    1. Goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga masak dan dikisar kasar. 
    2. Cuci sotong kembang dan tuskan. 
    3. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak. 
    4. Masukkan air asam jawa, gula, dan garam. Biar sehingga mendidih dan pekat. 
    5. Masukkan kacang tanah yang sudah dikisar. Kacau rata dan biarkan sebentar. 
    6. Masukkan sotong dan kacau sehingga kuah agak pekat. 
    7. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.