Tambahan lauk pembuka selera bagi yang kurang gemar ulam jering mentah

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

{Sambal Jering Rebus Berkentang}

Tambahan lauk pembuka selera bagi yang kurang gemar ulam jering mentah

BAHAN-BAHAN

  • 7-8 biji jering rebus
  • 3 biji kentang
  • 1 genggam ikan bilis halus
  • 7-9 biji cili merah + cili hijau
    (jika ingin lebih pedas boleh tambah cili padi)
  • 3 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • Garam & gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Jering diketuk dan digoreng sebentar, kentang dipotong baji dan digoreng, ikan bilis juga digoreng terlebih dahulu
  • Kisar kasar cili dan bawang, jika ditumbuk atau digiling rasanya lebih enak
  • Tumis bahan kisar sehingga garing dan masukkan jering, kentang dan ikan bilis
  • Perasakan dengan garam dan gula, sedia dihidang
  • Boleh juga dijadikan lauk untuk dimakan bersama bubur air apabila tiada selera untuk makan nasi

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN