Resepi daripada Ibu mertua (Orang Negeri Sembilan) mmg sedap bagi penggemar makanan kampung

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Jering Bersantan

Resepi daripada Ibu mertua (Orang Negeri Sembilan) mmg sedap bagi penggemar makanan kampung

BAHAN-BAHAN

  • 1-2 kg jering tua (kopek kulit keras tu tgk kulit ari dia kalo dh warna coklat gelap itu tandanye jering tu dah tua dan sesuai utk buat sambal atau gulai)
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 40 tangkai cili kering
  • sedikit ikan bilis yang telah dikopek (sebagai rencah)
  • 1 keping asam keping
  • 1/2kg santan pekat
CARA PENYEDIAAN
  • Kikis kulit ari jering yang warna coklat (bkn kulit luar yg keras tu)
  • Sebiji jering tu dipotong 3/4 bhgn
  • bila dah siap potong di basuh, toskan kemudian di goreng sehingga empuk
    (jgn rebus jering tu nanti tak sedap)
  • goreng ikan bilis pulak kemudian angkat…
  • cara-caranye pulak:
    1. Blend kan cili kering,bawang merah serta bawang putih td hingga lumat.
  • 2.Panas kan minyak kemudian tumis bahan2 yang di blend tadi. Bila cili dah garing masukkan jering dan ikan bilis yang telah digoreng td dengan santan.Kacau sehingga naik minyak
  • masuk kan asam keping serta sedikit ajinomoto dan garam sebagai perasa…
    bila dah naik minyak sedia untuk dimakan bersama nasi panas2 dan ikan masin… memang sedap…anak saya kdg2 mkn bersama roti.
    Selamat Mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN