Bagaimana cara nak masak Sambal Ikan Sardin?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sambal Ikan Sardin
Bagaimana cara nak masak Sambal Ikan Sardin?
BAHAN-BAHAN
- 1 tin besar sardin
- 15 tangkai cili kering (Dikisar)
- 10 biji bawang merah (Dikisar)
- 2 ulas bawang putih (Dikisar)
- 1 labu bawang besar (Dihiris kasar)
- 3 sudu makan sos tomato
- 2 biji tomato (Dibelah 4)
- 5 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam sekiranya perlu
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan sardin, bawang besar dan sos tomato. Kemudian kacau rata.
- Masukkan tomato dan kacau rata lagi.
- Tutup api dan masukkan jus limau kesturi.
- Sedia dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.