yg seronoknya bila gi kenduri org Jawa..bila balik dpt lah sedikit mknan.wlaupun juz sdikit nasi putih, rendang daging, sambal goreng kering @ serunding, & krepek2.. tp, amat besar ertinya bg tetamu bila sampai di rumah..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

sambal goreng kering kakbesah

yg seronoknya bila gi kenduri org Jawa..bila balik dpt lah sedikit mknan.wlaupun juz sdikit nasi putih, rendang daging, sambal goreng kering @ serunding, & krepek2.. tp, amat besar ertinya bg tetamu bila sampai di rumah..

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 cekak suhun/so’on
  • 2 bungkus plastik tempe – potong dadu 1cm persegi
  • 3 keping tauhu – potong dadu 1cm persegi
  • 2 biji kentang – dipotong dadu 1cm persegi
  • 1/2 mangkuk kecil udang kering – basuh & rendam dgn sikit air.(jika besar tumbuk pecah2 je) @ ikan bilis dibelah
  • 7 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih – dihiris
  • 1cm halia muda & 1cm lengkuas muda – dimayang halus
  • 10 @ lebih tangkai cili kering di gunting serong 1/2cm tebal – direndam & buang biji
  • 1/2 cawan air asam jawa cair
  • minyak utk menggoreng terendam
CARA PENYEDIAAN
  • panaskan minyak, goreng so’on hingga kembang – ketepikan.
  • goreng tempe hingga agak garing – ketepikan.
  • goreng tauhu hingga agak garing juga – ketepikan. lepastu goreng kentang hingga agak garing pula – ketepikan.
  • kurangkan minyak hingga tinggal 2 senduk, tumis bawang2 hingga hampir garing, masukkan cili kering & udang kering. kacau rata kemudian masukkan halia & lengkuas.
  • bila semua bahan telah garing masukkan semula bahan2 yg yg lain.(yg dh digoreng terdahulu) kacau rata smbil campurkan air asam,garam & gula. suaikan rasanya. kacau hingga kering.(hingga terhasil minyak jernih)
  • bolehlah diangkat. sejukkan dulu sebelum dibungkus supaya x cepat basi. masakan ini tahan 2,3 hari jika betul cara memasaknya..
  • makan dgn nasi ambeng pun best..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN