Resepi mak kawan kita dan diubah suai sedikit.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Goreng Jawa

Resepi mak kawan kita dan diubah suai sedikit.

BAHAN-BAHAN

  • 2 bungkus tempe (dipotong nipis dan digoreng tawar – asingkan
  • 3 biji kentang (dihiris dan digoreng)
  • Foo Chuk atau tahu kering dan Soo Hun yang direndam hingga kembang – dicuci dan dipotong sederhana kecil
  • Perut lembu dihiris nipis dan direbus (kalau ganti dengan hati dan hempedal ayam pun boleh)
  • Udang basah (20 ekor) kalau nak banyak lagi pun tak pe.lagi sedap.
  • 3 biji cili merah dihiris
  • 5 biji cili kering merah dihiris
  • 5 biji cili padi dihiris (kalau nak pedas boleh tambah lagi kuantitinya)
  • 10 ulas bawang merah kecil (dihiris)s
  • 3 biji bawang putih dihiris
  • Setengah inci halia (dimayang)
  • Sedikit air asam jawa (sebab orang jawa)
  • 2 senduk kicap manis
  • Sedikit belacan yang dihancurkan dengan setengah cawan air
  • Garam
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi dan layu.
  • Masukkan cili dan goreng hingga cili layu
  • Masukkan kicap dan air asam serta air belacan
  • Biarkan mendidih. Kemudian, rasa kalau kurang manis, tambah gula sikit, kalau kurang garam tambah garam sikit, kalau kurang kicap tambah kicap sikit (ikut tekak)
  • Masukkan udang dan perut yang direbus tadi
  • Masukkan fucuk dan soo hun
  • Masukkan tempe dan kentang yang digoreng tadi. Gaul rata. Goreng sebentar lagi.Kemudian, rasa, kalau ok, angkatlah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN