3 jenis sambal goreng yg akk tahu ialah, sambal goreng bercili (cili kering samada dikisar @ dihiris), sambal goreng santan pekat & sambal goreng berkicap. bahan2 hampir sama, cuma ada sikit yg ditambah @ dikurangkn.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

sambal goreng berkicap kakbesah

3 jenis sambal goreng yg akk tahu ialah, sambal goreng bercili (cili kering samada dikisar @ dihiris), sambal goreng santan pekat & sambal goreng berkicap. bahan2 hampir sama, cuma ada sikit yg ditambah @ dikurangkn.

BAHAN-BAHAN

  • 2 bungkus tempe & 3 keping tauhu – dipotong dadu & digoreng
  • beberapa keping pedal & hati ayam – dipotong kecil, digaul dgn garam & kunyit – digoreng hingga masak.
  • semangkuk kecil udang – dibuang kulit, jika besar potong 2@3
  • (jika nk guna ikan bilis @ udang kering pun bleh)
  • 1/2 batang carrot – hiris memanjang
  • kacang panjang @ buncis – dihiris serong
  • segenggam hirisan kobis
  • segenggam cili api kampung & sebatang dua cili merah (dihiris)
  • sebiji bawang besar / 7 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih & 2 cm halia muda – dihiris
  • secekak suhun(so’un) – direndam hingga lembut
  • minyak msk,garam, gula secukuprasa.
  • opps, kicap secukupnya..jgn lupa..
  • semangkuk petai jika ada..hehe..
CARA PENYEDIAAN
  • panaskn minyak, goreng tempe & tauhu hingga agk garing – ketepikn.
  • goreng pedal/hati hingga agak garing gak – ketepikan.
  • kurangkn minyak hingga tinggal sesenduk, tumis bawang2 & halia hingga wangi, masukkan udang.kacau rata, masukkan cili, carrot, diikuti kacang panjang.. ala.. masukkan semua lah.. kacau rata sambil tuangkan kicap. gaul rata hingga semua sebati. suaikn rasanya. eh, xpyah la bubuh gula coz kicap dh manis.. lupa..hehe..
  • oh ya, garam pun x perlu kot.. coz kicap dh masin.
  • siapp.. bleh la dimkn ngn nasi @ diratah sambil taip bahan2 respi di MyR..hehe..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN