Bagaimana cara nak masak Sambal Daging?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Daging

Bagaimana cara nak masak Sambal Daging?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g daging  (Dihiris nipis dan kecil) 
  • 2 batang serai 
  • 20 tangkai cili kering 
  • 10 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
    (Semua batang serai, cili kering, bawang merah & bawang putih dikisar bersama)
  • 3 sudu makan sos tomato 
  • 1 labu bawang besar  (Dipotong gelang) 
  • 5 helai daun limau purut 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan yang dikisar sehingga 
      wangi dan pecah minyak. 
    2. Masukkan daging. Masakkan sehingga daging lembut. 
    3. Masukkan sos tomato, garam dan gula. Kemudian kacau rata. 
    4. Masukkan bawang besar dan daun limau purut. Kacau rata sekali lagi. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN